"Kalau kita mencintai seseorang biarlah kita mendiamkan diri kerana
apabila kita diam itulah yang menjadi tanda cinta kita pada nya.
Dan khabarkanlah perkara ini kepada Allah, kerana dia mengetahui
segalanya daripada kita"Ayat tu memang betul dan ayat tu memang
terpatri kemas dalam hati ini.
Kadang-kadang benda ni agak susah sebab tidak semua antara kita
yang sanggup memendamkan rasa cinta begitu sahaja.
Kalau nak bercinta ikut cara Islam macam mana eh?
Sebenarnya ada beberapa cara bila kita rasa kita ni dah suka
dengan someone.. <3
Meh baca ni…


1 ) Pendam dan berdoalah kepada Yang Maha Mengetahui
First, kita rasa suka someone kita tak boleh terus terburu-buru untuk
meluahkannya.
meluahkannya.
Yelah kan kena reject sape yang malu. Lagipun takut perempuan/lelaki
itu dah suka orang lain kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.
So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih mengetahui.
itu dah suka orang lain kerana jodoh ini semua Allah dah tetapkan.
So kita pendam dan luahkan kat Allah dulu sebab Allah tu lebih mengetahui.
sesuatu melainkan kita berhak mendapat nya. Tajdid niat duludan niatkan
apa yang kita buat ini bukanlah sebab just untuk mendapatkan jodoh yang
baik tetapi semata-mata kerana Allah. Jika kita berusaha menjadi hamba
yang soleh/solehah, maka Allah berikan kebaikan ke atas usaha itu.
Insyaallah Allah akan bagi jodoh yang sekufu.
Firman Allah dalam Al-Quran:
"Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu lah sebalik nya"
(Surah an-Nur ayat 26)
2) Tapis dahulu sebelum mencintai
Cinta dating tanpa kita minta. Kadang-kadang first time tengok kita dah
jatuh hati dengan seseorang tapi sebelum kita mencintai orang nilailah cinta
kita itu semula.
Sebab harta kekayaan? Nafsu? Hmm sebab apa ea?
Atau untuk memuliakannya dengan menikahinya kerana Allah.
Mungkin ada yang berkata;" Tak kan la awak kahwin itu bukan
sebab kecantikan""Aik, kau ni takde nafsu ke?" Ya, benar!.
Sebagai manusia kita dikurniakan nafsu, cintakan kecantikan.
Hakikatnya semua manusia cintakan kecantikan,
Hatta Allah juga sangat mencintai kecantikan kerana Allah itu bersifat
dengan kesempurnaan. Begitu juga dengan bernikah kerana nafsu.
Namun, antara asbab itu, jadikanlah pernikahan kerana Allah itu berada
di tingkatan yang paling atas. Nikah kerana Allah itu yang paling utama dan
pertama.
3) Jauhi couple
Sekiranya telah mencintai seseorang, maka berusahalah untuk
menghindarkan diri kita dari ber "couple" kerana perkara bukan
budaya Islam. Sesungguhnya bercouple ini menjerumuskan diri untuk
mendekati zina. Al-Quran ada menyebut,"la taqrabuz zina" yang
bermaksud, "Janganlah kamu dekati zina" yang mana para ulamak
mengistinbatkan hukumnya sebagai haram.
Walaupun mungkin ada yang cakap;
“Kalau keluar pun kami jaga ikhtilat”“aku tak contact sangat pon dia
kecuali kalau ada benda penting je...""Kitorang selalu akhiri majlis dating
dengan tasbih kafarah dan surah al-asr"“Kami mention kat twitter je pon”
Betul tapi kita tak sedar sebenarnya dengan benda-benda ni lah kita dah
buat maksiat iaitu zina hati.
Couple ni memang indah tetapi beracun. Memang benar, pada mula berasa
semuanya manis, namun pertengahannya semakin kurang dan akhirnya tawar
dan pahit sekali untuk ditelan.
Moga kita dijauhkan daripada semua maksiat yang mendekati zina.
4) Istikharah dan berbincang
Keputusan yang berkat ialah jika kita mendapat
bantuan Allah. Tak ada sorang pun akan rugi dengan berdoa kepada Allah.
Buat lah solat istikharah untuk meminta petunjuk dan bermusyawarah lah
dengan orang yang dipercayai.
5) Membuat keputusan mengikut Iman
Bersyukurlah andai diberi kelapangan
setelah solat istikharah yang kita lakukan. Petunjuk daripada istikharah
bukan hanya pada mimpi tetapi ketenangan hati, hati yang lapang
dan keyakinan yang kuat terhadap sesuatu perkara juga merupakan
petunjuk daripada Allah.
So pilihlah seseorang menjadi wakil kita untuk meneruskan hajat kita.
Sesungguhnya Islam agama yang indah. Jika dijadikan pegangan dan cara
hidup pasti hidup terasa mudah. Demikianlah juga adat yang ada.
Maka, selagi adat tidak menyalahi syariat, gunakanlah 'adat' seperti merisik,
bertunang dan seterusnya.
Semoga Allah merahmati dalam menuju ke arah kesempurnaan iman itu.
No comments:
Post a Comment