JellyPages.com

Friday, 13 December 2013

Couple itu HARAM..

Couple Itu Membahayakan Anda
Couple” dapat diistilahkan sebagai pasangan yang berbeza jantina 
yang menjalinkan hubungan cinta atas dasar memenuhi tuntutan 
ammarah (nafsu).
Remaja sekarang amat berbangga jika bercakap tentang “couple” 
masing-masing,tanpa mengetahui samada hubungan itu diredhai Allah
atau dimurkai.
Persoalannya,adakah istilah “couple” ini wujud di dalam Islam , 
apakah hukumnya?
Mengikut hukum syarak menjalinkan hubungan cinta dengan 
perempuan atau lelaki (couple) sebelum kahwin adalah haram.
Apabila tiba masa untuk kahwin maka Allah akan ketemukan kita 
dengan pasangan yang sepadan dengan kita,
dan waktu itu kita disuruh untuk berjumpa dengan keluarga wanita itu 
untuk disunting atau dilamar.
Pertunangan dalam Islam adalah untuk kita mengenal ‘bakal pasangan’ 
kita dahulu,tetapi waktu bertunang juga kita tidak digalakkan selalu 
bertemu atas dasar mematuhi dasar syariat.
Begitu tersusunnya Islam hinggakan adat perkahwinan juga telah 
disediakan,walaupun kelihatan seperti kolot dan terlalu mengongkong
tetapi dapat mengelakkan kita dari melakukan zina ataupun 
perkara-perkara yang menghampiri kepada zina.
Antara 2 hati perlu dipelihara batasannya
Jika bercinta atas dasar nafsu,adakah cinta itu akan bertahan lama
 hingga ke jinjang perkahwinan?
Kebiasaannya cinta yang terjalin atas dasar nafsu tidak akan 
bertahan lama,kebiasaannya setelah ‘ditebuk’ si binatang jantan 
akan meninggalkan si binatang betina terkontang-kanting,
sebab tiada lelaki yang nak ‘memakai’ barang ‘second hand’.
Dan akhirnya segala sandiwara cinta itu berakhir dengan 
kesengsaraan yang akan terpahat dalam hati mangsa.
Selain itu,kita telah maaruf bahawasanya hukum memandang 
perempuan ajnabi yang bukan muhrim dengan kita adalah haram 
jika tiada bersebab.
Jadi kalau pandang dah haram apatah lagi ber”couple” 
sudah tentunya haram.
Jika dilihat dengan pandangan mata kasar,ber”couple” 
sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat dari manfaat.
Ini telah dibuktikan dengan ribuan kes buang anak telah dilaporkan 
sepanjang beberapa tahun yang lepas. 
Semua ini berpunca dari sandiwara “couple” yang semakin menjadi-jadi.
Hari ini bala Allah telah datang ke Malaysia tetapi tersangkut di Jepun,
tsunami yang berlaku di negara Jepun seolah tidak memberikan 
kesan kepada remaja di kita.
Disamping itu,baru-baru ini gempa bumi yang berlaku di Aceh 
yang menyebabkan beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia
telah merasai tempias gegaran tersebut.
Keadaan ini juga telah menyebabkan ramai pihak membuat andaian
akan terjadinya tsunami namun kejadian sebegitu tidak lagi 
menyedarkan kita.

Haruslah diingati bahawa pemimpin memainkan peranan penting 
dalam membanteras gejala ini,tetapi jika pemimpin juga memandang 
ringan akan hal ini,tunggulah utusan Allah yang berupa bencana akan
datang menegur penduduk di Malaysia.

Jangan nanti sudah terhatuk baru terngadah.
Nah!!!sekarang sudah terpampang didepan kita percintaan 
halal dan haram,terpulang ke atas hati budi masing-masing 
untuk melihat mana baik mana buruk,barang diingati bahawa percintaan 
yang bahagia dan mulia disisi Allah adalah percintaan selepas nikah, 
dan seteruk-teruk cinta adalah cinta adalah cinta nafsu yang mana 
akan mengundang banyak bala dari Allah.
Adakah kita mahu bencana kiriman Allah seperti ini menggegar negara 
kita baru kita nak insaf!!!!
Baru kita nak kembali ke pangkal jalan.
Semua manusia takut dengan kejadian seperti ini,
tetapi tanpa mereka sedari dalam diam mereka meminta agar bala 
seperti ini menimpa atas mereka.
Saya mencabar kepada orang yang sedang bercouple agar datangkan 
satu dalil dari mana-mana ayat al-quran,hadis atau qias atau ijtihad 
para ulama yang menghalalkan “couple”.
Atau datangkan kepada saya mana-mana kisah-kisah anbiya,aulia,
para sahabat,dan ulama yang mereka bercouple sebelum berkahwin. 
Jika ada!!! saya akan tarik balik segala hujah yang saya kemukakan
Akhir,ketahuilah semua bahawa syariat islam itu indah jika diamalkan 
dengan ikhlas .
Dan sesungguhnya tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta kita 
kepada Rabbul Izati.
Dan ingatlah bahawa ‘no couple untill akad’.
Binalah ‘couple’ yang dihalalkan oleh Allah.
WALLAHu’alam.

No comments:

Post a Comment