JellyPages.com

Thursday, 5 December 2013

Bahagia Itu Sederhana


Mendengar isteri membebel di rumah,
bererti aku masih punya keluarga.

Mendengar suami masihberdengkur di sebelahku
bererti aku masih punya suami..

Mendengar mak dan ayah menegurku
 bererti aku masih punya mak ayah..

Merasa letih setap ptg selepas penat bekerja,
itu bererti aku mampu bekerja keras..

Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah,
itu bererti aku punya teman.


Pakaianku terasa agak sempit,
itu bererti aku makan cukup..

Mencuci dan menyetrika tumpukan baju,
itu bererti aku memiliki pakaian..

Membersihkan halaman rumah,mop lantai,
itu bererti aku memiliki tempat tinggal..

Mendapat banyak tugasan,
bererti aku dipercayai dapat melakukannya..

Mendengar bunyi ekzos dan hon 
itu bererti aku masih bisa mendengar..


Mendengar bunyi azan di pagi hari,
itu bererti aku masih hidup..

Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari..

Berhenti mengeluh dan bersyukurlah..

Bersyukur dalam setiap keadaan meski
tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun..





No comments:

Post a Comment